Download Aku Budak Minang PDF

TitleAku Budak Minang
File Size154.0 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 4

Selagi terdaya dan tangan ini masih lagi boleh melukis, selagi itulah saya akan terus
berkarya. Saya tidak melihatnya sebagai suatu masalah kerana saya sendiri pernah
bertemu dengan seorang pelukis dari Jepun yang sudah berusia lebih 70-an tetapi
masih gagah untuk melukis. Dia sendiri terkejut kerana saya mempunyai lima buku skrip
kartun yang baginya sesuatu yang luar biasa.

Tidakkah mahu membentuk karektor baru untuk disesuaikan dengan persekitaran
kini?

Karektor baru tidak semestinya mampu membangkitkan suasana baru tetapi watak
sedia ada itu sendiri boleh disesuaikan dengan perkembangan semasa seperti
permainan video PS2 dan peralatan teknologi maklumat (IT) yang boleh mendampingi
watak atau karektor kartun. Bagi saya, penting untuk mengekalkan watak sedia ada
yang semestinya evergreen tetapi disesuaikan dengan persekitaran semasa.

Bagaimana dengan dunia animasi pula?

Projek animasi Usop Sontorian pernah cuba untuk disiarkan tetapi atas sebab tertentu
projek itu tidak dapat direalisasikan. Bayangkan ketika itu ada 100 pelukis animasi dan
akhirnya terpaksa dibubarkan kerana kekurangan sumber kewangan. Tetapi, hari ini
perkembangannya jauh lebih baik dan saya sendiri dapat merasakan kehangatannya.

Adakah anak-anak mengikut jejak bakat Ujang dalam dunia kartun ini?

Setakat ini anak sulung saya, Mohd Syafiq mengikuti jurusan animasi di Akademi Seni
Kebangsaan (Aswara) dan muncul pelajar terbaik dalam bidang itu.

Harapan Ujang dalam dunia kartun?

Selama lebih 25 tahun dalam bidang ini, adalah menjadi harapan saya untuk membantu
generasi muda yang minat dalam dunia kartun dan memastikan mereka meneruskan
kesinambungan ini.

Inilah yang menjadi keutamaan saya selain memastikan dunia seni ini tidak terpinggir
daripada kehangatan dunia hiburan. Memang kesal juga apabila bidang seni lukis ini
seolah-olah terpinggir serta tidak diberi perhatian.

Biodata

Nama: Ibrahim Anon

Nama Komersial: Ujang

Umur: 43 tahun

Tarikh lahir: 18 Oktober 1965

Tempat lahir: Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Laman web:

http://www.Lubuk.Net/forum/

http://www.lubuk.net/forum/

Similer Documents