Download Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama.docx PDF

TitleMenjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama.docx
File Size77.3 KB
Total Pages3
Document Text Contents
Page 1

Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama



Oleh: Low Lay Hoe



Bersih atau istilah dalam bahasa Arab iaitu nazifah adalah menjadi akar kata daripada sepotong

Hadith nabi SAW yang bermaksud, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”. Huraian daripada

Hadith di atas adalah menuntut supaya semua pihak mengutamakan kebersihan dalam semua perkara.

Kebersihan lahir daripada hati yang nurani dan diterjemahkan dengan sikap dan tingkah laku. Orang

yang bersih jiwa nescaya bersihlah sikap dan tingkah laku lalu diterjemahkan dalam kehidupan. Walakin,

isu kebersihan terus menjadi wahana penting dalam masyarakat apabila masih ada segelintir anggota

masyarakat yang tidak peka terhadap amalan yang sangat penting ini. Hal ini agak menyedihkan sejak

belakangan ini. Sikap individualistik dengan perilaku lempar batu sembunyi tangan terus menyumbang

terhadap pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pelbagai prakarsa yang drastik perlu digemblengkan oleh

semua pihak agar Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang bersih, sejahtera dan harmoni.



Seperti yang telah kita sedia maklum, inisiatif yang paling perdana lahir daripada diri sendiri.

Jikalau diukur daripada pernyataan Hadith Nabi yang bermaksud, “Setiap anak itu adalah putih bersih,

melainkan ibu bapalah yang bakal mencorakkan warna untuk mereka” dengan jelas menerangkan

bahawa setiap insan itu pada asalnya adalah bersih. Sepatutnya, setiap individu hendaklah menjadikan

kebersihan sebagai mukadimah dalam semua urusan hidupnya sama ada kebersihan fizikal, pakaian dan

makan minum. Kebersihan hendaklah dijadikan kelaziman bukan paksaan. Selanjutnya, kebersihan dan

kekemasan sepatutnya dijadikan pancaran imej personaliti seseorang. Sebagai insan yang sempurna, kita

seharusnya menampilkan diri dengan fizikal yang kacak, pakaian yang segak dan pekerti yang hemah.



Di rumah, ibu bapa menjadi individu terpenting atau entiti misali untuk memperkasakan amalan

kebersihan dalam kalangan anggota keluarga. Ibu bapa memainkan peranan signifikan untuk

menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua agama menekankan aspek kebersihan dan menegah

penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan kemaslahatan awam. Dengan

adanya didikan agama yang teguh, insan yang mementingkan kebersihan di tempat awam atau

kebersihan alam sekitar dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa patutlah menunjukkan perlakuan yang baik

dalam aspek kebersihan tanpa mengira di mana-mana jua mereka berada kerana tingkah laku mereka

Similer Documents