Download TEKS DOA Hari Kemerdekaan PDF

TitleTEKS DOA Hari Kemerdekaan
File Size84.4 KB
Total Pages5
Document Text Contents
Page 3

DOA HARI KEMERDEKAAN
Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kami bersyukur kepadaMu dia atas segala nikmat yang engkau berikan kepada kami. Kami sedar Ya Allah

tanpa bantuan dan hidayahMu segala nikmat yang kami kecapi selama ini tiak akan wujud. Maha suci Allah

dengan kehendakMu jua Negara yang kami cintai ini kekal merdeka hinga saat ini.

Ya Rahman Ya Rahim,

Sempena perhimpunan hari kemerdekaan ini, kami menadah tangan dengan rasa penuh keinsafan, pengabdian

dan tawaduk memohon denganMu dengan kekuasaanMu yang Maha luas dan perlindunganMu yang tiada

tandingannya. Kekalkan kemerdekaan ini Ya Allah. Jauhilah Negara kami daripada plbagai bentuk pnjajahan

samada penjajahan berbentuk fizikal mahupun rohani.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Hiasilah tanah air kami dengan kedamaian, keamanan, kesejahteraan dan kekayaan terutama sekolah yang kami

cintai ini untuk selamanya. Jadikanlah sekolah kami ini sebagai sekolah contoh dan cemerlang dalam segala

bidang serta terhindar daripada perkara-perkara yang dimurkai olehMu.

Kami memohon kepadaMu dengan nur ZatMu yang seluruh penjuru ArasyMu dan dngan kudratMu yang telah

Engkau takdirkan kepada semua makhlukMu dan dengan rahmatMu yang Maha luas. Berikanlah petunjuk

kepada pemimpin-pmimpin kami agar mereka terhindar daripada perkara–perkara yang dimurkai olehMu.

Ya Allah,

Di hadapan kami ini, anak didik dan generasi yang akan mewarisi kemerdekaan ini, kurniakanlah kepada

mereka dengan keimanan yang mantap, akhlak yang mulia, akal yang cerdik, samada dalam bidang akademik

mahupun dalam bidang kokurikulum. Jauhilah mereka daripada gejala negatif. Sematkanlah dalam hati mereka

perasaan benci perkara-perkara maksiat dan kemungkaran.

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadratMu atas segala nikmat yang Engkau limpahkan kepada

kami, Ya Allah tanpa bantuanMu, kurniaan dan hidayahMu tiada apa yang ada pada kam. Maha suci Engkau Ya

Allah, Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, kami dengan rasa rendah diri menadah

tanganMu, kami pohonkan agar dengan kekuasaanMu dan perlindunganMu yang tiada tandingannya.

Kekalkanlah kemerdekaan ini kepada kami Ya Allah. Jauhilah Negara kami yang kami cintai ini daripada segala

bentuk penjajahan samada penjajahan yang kami sedar mahupun tidak sedar

Ya Allah,

Jadikanlah anak didik dan wargax x x x x x x x x ini generasi yang akan mewarisi dan mempertahankan

kemerdekaan ini. Kurniakan kami iman yang teguh, akhlak yang mulia dan akal yang sejahtera. Jadikanlah kami

berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran

Similer Documents